Tuesday, January 31, 2017

9 Februari 2017

Assalamualaikum.

This year? 9 Februari ni dah 19 tahun aku hidup. Alhamdulillah tak terhingga sampai sekarang dah berdiri teguh dengan cacian hambar manusia tak sedar diri. Aku just anggap semua tu sampah je. Tak lebih. Okay apa yang aku nak sampaikan harini pun aku tak tahu, tah tetiba nak bukak blog. Bertahun-tahun tak update tetiba nak menulis. Why? Sebab member aku which is my classmate tertinggal laptop dalam kereta aku. So aku bawak laptop dia balik Ipoh. Sekarang kan tengah cuti raya cina :))

So yang nak sampaikan harini, jst my expectation je. Ek eleh over! Hahahaha bukan la expectation. Berharap je ni, ada yang nak hulur hulurkan kebahagiaan pada tarikh tersebut. Bukan apa, setiap tahun. Birthday aku tak macam birthday-birthday orang yang lain. Aku jst teringin nak rasa kelainan, la nak rasa macam mana orang rasa. Tapi takpelah, takyah lelebih. Nyanyi bawak belon bukan helium untuk aku pun aku bolehh accept dah hehehehe.

Pada umur aku ni, hah nak buat wish laa sikit kan. Baru cool nak buat wish before birthday date kan? Awal tahun tu macam awal sangat. Aku harap sangat, aku tercapai buat apa yang aku nak especially for this year sangat sangat besar harapan aku untuk laksanakan satu software which is a system di kolej aku. Ni dibawah kajian keberkesanan Final Project aku. Cehhh baru nak final diploma, nampak tak tunas nya aku? Hahaha. Next, macam biasa aku nak praktikal tempat yang okay. Next lagi, aku nak tambah sikit la iman kat diri ni, solat 5 waktu tu cukup ke apa. Tempek wudhuk 5 kali sehari. Pastu khamis yassin setiap malam. Macam zaman sekolah dulu. Haihh sekarang ni tak terbuat woi :(

Bukan sebab apa pun tak terbuat, semata mata setan dalam diri dan setan sekeliling. Hahahaha. Housemate pun main peranan, kalau ajak lepak dah lupa dah erti sembah tuhan. Elok mampos tepi jalan je. So itu lah yang paling aku harap, Allah kurniakan diri ni iman. Tak dapat tingkatkan banyak, sikit pun jadilah.

Next, aku dapat habiskan sem terakhir pada sem depan dengan suksesnya. Pelik je wishlist aku ni, Hahahaha bukan apa sem lepas aku jatuh mendadak doh pointer. Dari 3.8 something ke 3.6 kau ghasa? Hah jauh tu. Jadi, dapat laaa aku berharap dan korang doakan la. Cehh korang, sapa baca tah ni. Ok ok doakan aku dapat tingkatkan pointer terutama pada semester akhir. Kasi lawooo sikit sijil aku nanti. Itu saja kot! Eh? Tu je kot. And harap angah alang dapat la bagi hadiah kat aku tahun ni. Tapi nampak alang macam ekonomi slow. Family pun so my expectation kekal seperti tahun yang biasanya. Aku okay. Lek. Cukuplah hidup lagi dan dapat hirup udara, ada keluarga. Happy dah ada semua tu (ayat pasrah abis)

Klahhh gais. Nanti kalau aku rajin, kita sembang lagi k? Bye!