Saturday, September 5, 2015

Bukan Gila Jawatan

Assalamualaikum. This sem busy sangat sangat, and rindu blog ni sebenarnya. What so ever lah tapi niat aku lepas ni nak target satu je. Nak target blog ni sebagai tempat untuk mengadu.

Well now dah rasa heavynya merantau belajar dan duduk di rumah sewa sendiri. Sampai sebulan dua bulan tak balik. Bagi aku mengada lah kan sebulan dua pun dah kecoh tapi aku ni belajar dalam perak. Duduk ipoh, belajar di slim river. Lain la yang belajar luar negeri atau semenanjung. No wonder la kan? Jadi ni point yang nak aku ceritakan.

Bukan lah sebab mengada tak balik. Tapi atas jawatan yang berat disandang. Dan komitmen sebagai pelajar. Aku sendiri lebih selesa pulang setiap minggu tapi sem ni, sukar untuk mengelat. Ada sahaja pautan dalam diri ni atas tugasan tugasan pengurusan kolej.

Buktinya bulan ni cuti merdeka yang setiap kali aku sambut di ipoh bersama keluarga tersayang pun tak balik. Aku sedih. Tapi atas komitmen pelajar dan tugas jawatan yang disandang. Aku tahan sebak dalam hati dan ikut sahaja merantau jauh lagi di selatan sana.

Kata orang, "kau ni gedik. Gila jawatan, semua kau nak sandang. Ada tugasan semua kau nak ambik. Kalau tugasan orang pula sibuk kau nak menyelit"

Itu kau yang lihat wahai mata. Aku bukanlah orang yang gila jawatan tapi aku dipanggil. Seperti dibisik panggil. Ada tugasan semua nak ambik? Sah salah! Aku sendiri typical manusia yang memang suka lari dengan tugasan yang tidak memberi kebaikkan duniawi pada diri aku. Cuma aku fikirkan komitmen dan amanah yang hasilnya diakhirat sana.

Kalau tugasan orang sibuk nak menyelit? Bukan aku sibuk. Sakit mata aku tengok tugas orang lain yang dibuat sambil lewa. Tambahan kau tak dengar yang diorang minta bantu dari aku. Aku bukan serba hebat tapi aku mampu buat. Jadi kenapa berdiam diri?

Paling aku sakit hati. Bila aku dah stay berapa lama tak balik ipoh. Mata yang tak melihat menilai tak sudah yang tidak tidak "you kena bantu even you like this like this zahir". Hah? Aku balik ni pun ada tugasan. Dan sekiranya aku bantu... Ada halangan.

Jadi apa yang kalian mahukan?

No comments: