Pages

Tuesday, October 21, 2014

Cuti pehtu final?

Hello peeps!

Dah nak cuti. Wooooo makmal aku dah macam syarikat nak mrudum jatuh laa shial. Biasa ah bila ada pentaksiran tak settle. Hah so serabut gila! Tapi takpe, aku just nak pasang niat kat sini pukul 5.30 petang jakgi balik ipoh. Tiket gedik ambik lewat sebab aku jenis tak suka nak kejar-kejar. Mak aku pun faham ken so tak perlu risau ah.



So balik ni aku nak study je. Konon ah tapi eh betul ah! Aku serious ni sebab semester 2 ni kalau kau tak study, dengar cite masuk memang depan pintu dewan kau dah cirit kuning. So dengan ini aku pasang niat nak study balik ni! Buat note and latihan and cakap sorang-sorang macam PMR last year!

Ah memang kabut ah bunyi dia, jadahnya nak study cecuti gini. Doooooo 3 minggu tak balik. Memang cinema dulu ah, shopping dulu ah, shoot sana sini dulu ah kan before study. Pastu jadahnya nak masuk? Perh! Sejarah dengan math dah la macam kira padi kat bendang dohh!


Okay ni sharven. Kawan carut, kawan gila, kawan teman sana sini, kawan gelak, geng gowsip gitu! Happy deepavali ya sharven! Jangan main mercun yee nak! Nanti tak final ko dik.

So itu sahaja! Selamat bercuti and HAPPY DEEPAVALI to my only classmates sharven and ananthan! Love mmuah mmuah both of you :)

Kbye :*


Tuesday, October 14, 2014

Di marah tanpa sebab itu sedap rasanya..

Hello peeps! Assalamualaikum, tak jawab dosa. Kalau jawab, mak sayang.

Emmm ni cerita semalam, saja nak mengadu kat si usang ni. Pergi pagi dengan malasnya, well tahu la kan demam isnin macam mana. Emmm what ever la kena pergi juga kelas sebab final dah dekat sangat, sebab aku ni bukannya jenis malas datang kelas tak bersebab tapi members suka sangat judge kata alasan semata mata. Sokey, Allah ada.

So bila dah attend kelas, langit macam suram, bumbung kolej pun rasa nak runtuh but keep trying to smile la kan. First sir ramdzan punya module, emm buat pentaksiran la apa lagi. Tetiba dia kata nak settle kan pentaksiran siapa yang tertangguh. Hah aku lah kan, dengan budak-budak RC lain. Tambah cuak lagi dia duk mention amali skype yang lepas. Hari tu kata nak tangguh sampai khamis larrr ni. Tetiba budak kelas duk cakap sabtu last hantar. Mahu tak terencat la aku!! Si yana la duk relax kata "relax la lambat lagi". Menda kalau dia relax boleh settle cepat takpa, ni dia duk peace no war 24 jam. Hah susah jugak la kan. Tapi takpaa berbalik kepada cerita aku pun sabar dan duk senyum lagi.

Sampai la dia tanya siapa lagi yang tak settle pentaksiran, stand up! Aku pun bangun argh dengan budak RC lain and sorang lagi outsider kediaman kolej, ananthan. Dia ni kira geng balik aku dikala hujan la hahaha. Macam bollywood la wehhh. Takleh nak describe macam mana baiknya ananthan ni tapi sangat weird. Okay tak kesah ar pastu encik ramdzan ni duk tanya lampiran pentaksiran mana lagi tak buat? Yaaa before this dia ada cakap "sila buat rujukan to those yang tak jawab lagi pentaksiran". then aku dah buat dah pun, bila cek takda pun pentaksiran yang aku ketinggalan tapi aku tahu ada banyak yang aku tak jawab lagi. This case sama lah dengan orang tanya "eh spm science muka surat dua soalan 8 tahun ni keluar apa ek?" hah apa kau nak jawab! soalan pun kau tak tengok, kau nak cakap apaaa muka surat setiap segala. Jadi inilah situasi aku sekarang :/

Aku mendu weh, mendu hari tu tak tahu macam mana nak explain kat dia supaya dia percaya cakap aku. Masalahnya encik ni baru je lepas mengamuk dua tiga hari ni so aku takut sangat. Serious takut so aku just mampu diam and menempah maut untuk dimaki sebab tak tahu lampiran pentaksiran mana yang aku tak jawab lagi. Emmm sampai laa dia panggil aku kat depan and tanya directly pentaksiran mana yang aku tak jawab lagi, aku tergagap gagap jawab.

"Saya tak tahu sebab saya dah rujuk kat pelajar lain ada teori yang sir tak bagi lagi". Hah sudah! Dia pun balaih "Saya dah bagi teori semua, Pelajar! Saya dah bagi bukan??!!" yang diorang pun mendu duk jawab YA! Weh kemonlah. So waktu tu memang aku mendap nak menangis gila gila. Tapi watlek sebab aku pun faham situasi seorang pelajar yang takkan nak bantah lecturer kan?

So bila aku positif banyak kali, aku cakap mungkin sir tak tahu. Then dah lama tu sharven datang tolong aku dengan cakap ada banyak lagi teori pentaksiran yang masih belum dikembalikan and because of that la aku tak dapat nak rujuk. Tara!! Bersabar ada hikmahnya,

Then turun bawah aku kena buat pentaksiran, Tetiba ada lagi pentaksiran yang aku tak buat lagi sebab dia baru kembalikan pentaksiran tu kat pelajar lain. Baru la aku tahu yang aku tak jawap lagi. Again!

Balik rumah pula bergaduh dengan abang. Haih memacam cerita. Nak menangis rasanya. Nak jadikan kesimpulan hari tu semua aku dimarah tanpa sebab. Rela makan cacing goreng weh! Takpa ahhhhhhh itu sahaja nak mengadu. Kbai