Tuesday, October 21, 2014

Cuti pehtu final?

Hello peeps!

Dah nak cuti. Wooooo makmal aku dah macam syarikat nak mrudum jatuh laa shial. Biasa ah bila ada pentaksiran tak settle. Hah so serabut gila! Tapi takpe, aku just nak pasang niat kat sini pukul 5.30 petang jakgi balik ipoh. Tiket gedik ambik lewat sebab aku jenis tak suka nak kejar-kejar. Mak aku pun faham ken so tak perlu risau ah.



So balik ni aku nak study je. Konon ah tapi eh betul ah! Aku serious ni sebab semester 2 ni kalau kau tak study, dengar cite masuk memang depan pintu dewan kau dah cirit kuning. So dengan ini aku pasang niat nak study balik ni! Buat note and latihan and cakap sorang-sorang macam PMR last year!

Ah memang kabut ah bunyi dia, jadahnya nak study cecuti gini. Doooooo 3 minggu tak balik. Memang cinema dulu ah, shopping dulu ah, shoot sana sini dulu ah kan before study. Pastu jadahnya nak masuk? Perh! Sejarah dengan math dah la macam kira padi kat bendang dohh!


Okay ni sharven. Kawan carut, kawan gila, kawan teman sana sini, kawan gelak, geng gowsip gitu! Happy deepavali ya sharven! Jangan main mercun yee nak! Nanti tak final ko dik.

So itu sahaja! Selamat bercuti and HAPPY DEEPAVALI to my only classmates sharven and ananthan! Love mmuah mmuah both of you :)

Kbye :*


Tuesday, October 14, 2014

Di marah tanpa sebab itu sedap rasanya..

Hello peeps! Assalamualaikum, tak jawab dosa. Kalau jawab, mak sayang.

Emmm ni cerita semalam, saja nak mengadu kat si usang ni. Pergi pagi dengan malasnya, well tahu la kan demam isnin macam mana. Emmm what ever la kena pergi juga kelas sebab final dah dekat sangat, sebab aku ni bukannya jenis malas datang kelas tak bersebab tapi members suka sangat judge kata alasan semata mata. Sokey, Allah ada.

So bila dah attend kelas, langit macam suram, bumbung kolej pun rasa nak runtuh but keep trying to smile la kan. First sir ramdzan punya module, emm buat pentaksiran la apa lagi. Tetiba dia kata nak settle kan pentaksiran siapa yang tertangguh. Hah aku lah kan, dengan budak-budak RC lain. Tambah cuak lagi dia duk mention amali skype yang lepas. Hari tu kata nak tangguh sampai khamis larrr ni. Tetiba budak kelas duk cakap sabtu last hantar. Mahu tak terencat la aku!! Si yana la duk relax kata "relax la lambat lagi". Menda kalau dia relax boleh settle cepat takpa, ni dia duk peace no war 24 jam. Hah susah jugak la kan. Tapi takpaa berbalik kepada cerita aku pun sabar dan duk senyum lagi.

Sampai la dia tanya siapa lagi yang tak settle pentaksiran, stand up! Aku pun bangun argh dengan budak RC lain and sorang lagi outsider kediaman kolej, ananthan. Dia ni kira geng balik aku dikala hujan la hahaha. Macam bollywood la wehhh. Takleh nak describe macam mana baiknya ananthan ni tapi sangat weird. Okay tak kesah ar pastu encik ramdzan ni duk tanya lampiran pentaksiran mana lagi tak buat? Yaaa before this dia ada cakap "sila buat rujukan to those yang tak jawab lagi pentaksiran". then aku dah buat dah pun, bila cek takda pun pentaksiran yang aku ketinggalan tapi aku tahu ada banyak yang aku tak jawab lagi. This case sama lah dengan orang tanya "eh spm science muka surat dua soalan 8 tahun ni keluar apa ek?" hah apa kau nak jawab! soalan pun kau tak tengok, kau nak cakap apaaa muka surat setiap segala. Jadi inilah situasi aku sekarang :/

Aku mendu weh, mendu hari tu tak tahu macam mana nak explain kat dia supaya dia percaya cakap aku. Masalahnya encik ni baru je lepas mengamuk dua tiga hari ni so aku takut sangat. Serious takut so aku just mampu diam and menempah maut untuk dimaki sebab tak tahu lampiran pentaksiran mana yang aku tak jawab lagi. Emmm sampai laa dia panggil aku kat depan and tanya directly pentaksiran mana yang aku tak jawab lagi, aku tergagap gagap jawab.

"Saya tak tahu sebab saya dah rujuk kat pelajar lain ada teori yang sir tak bagi lagi". Hah sudah! Dia pun balaih "Saya dah bagi teori semua, Pelajar! Saya dah bagi bukan??!!" yang diorang pun mendu duk jawab YA! Weh kemonlah. So waktu tu memang aku mendap nak menangis gila gila. Tapi watlek sebab aku pun faham situasi seorang pelajar yang takkan nak bantah lecturer kan?

So bila aku positif banyak kali, aku cakap mungkin sir tak tahu. Then dah lama tu sharven datang tolong aku dengan cakap ada banyak lagi teori pentaksiran yang masih belum dikembalikan and because of that la aku tak dapat nak rujuk. Tara!! Bersabar ada hikmahnya,

Then turun bawah aku kena buat pentaksiran, Tetiba ada lagi pentaksiran yang aku tak buat lagi sebab dia baru kembalikan pentaksiran tu kat pelajar lain. Baru la aku tahu yang aku tak jawap lagi. Again!

Balik rumah pula bergaduh dengan abang. Haih memacam cerita. Nak menangis rasanya. Nak jadikan kesimpulan hari tu semua aku dimarah tanpa sebab. Rela makan cacing goreng weh! Takpa ahhhhhhh itu sahaja nak mengadu. Kbai



Wednesday, September 24, 2014

First time update kat lab

Hello,

Kikiki gedik je nak cuba update kat makmal komputer konon-konon office pengurusan perniagaan ni. Now tengah buat pentaksiran untuk meeting, dengan cikgu sirajuzz. What so eva lah kan! Tengah praktis tetiba Sha panggil Aku, Sharven, Farah, Hazirah dengan Farisha pi bilik kaunseling. Hah dah kenapa kan? Tapi hati dah tahu yang 'bout pergi Melaka nanti. Gittew!

Turun-turun Ibu yakni cikgu kaunseling kami pun habaq mai kat 15 tahun 1 and 15 tahun 2. We're ranking for sem 1 and sem 3 yang lepas. So dapatlah pergi Melaka. Just nak cakap alhamdulillah. Hope sangat berguna! Untuk sem yang akan datang. Eh actually aku pun tak tahu dia rombongan sambil belajar or apa sebab dalam surat keebnaran habaq mai dua hari, tetiba Ibu cakap sehari je then kata takda majlis rasmi. Hah takde belajar-belajar lettew.

Itu takpe lagi, ni tetiba pula aku nampak ranking Tahun 2, ada senior yang aku tak suka. Hengko tahu sebab apa? Sesuka hati je dia marah aku minggu lepas. Cerita ringkas dia gini, aku pi campak la clutch dekat member aku yang tengah baik punya senyum nak tangkap gambar. Then tercampak kat area dia duduk dengan hadik-hadik dia. Pastu nak mengamuk marah aku. Yang member aku semua tak puas hati dengan dia, sebab TETIBA! faham tak tetiba? Hah macam tu ah. Hahaha kabot.

Itu jelah kot nak update, itu jelah! Boi sayang-sayang :*

p/s : kau senior jarak berapa bulan je pun, lek ah!

Friday, July 18, 2014

#PRAYFORMH17

Assalamualaikum warga Malaysia.

Belum lagi habis hangat kehilangan MH370, peperangan saudara Islam kami di Gaza, sekarang timbul lagi berita sedih buat kita MH17 yang terhempas di Ukraine. Allah sahaja yang tahu bila mengenangkan ahli keluarga yang terlibat dengan kemalangan ini. Pasti sahaja mereka ingin pulang bertemu ibu ayah bagi meraikan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi namun malang tidak berbau.


RINGKASAN BERITA ASTRO AWANI :
MH17 dikata dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
MH17 sepatutnya dijadualkan tiba 6.10pagi Jumaat 18 Julai 2014
Pesawat dikatakan jenis Boeing 777 membawa 295 orang penumpang termasuk anak kapal.
MH17 terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Pihak Ukraine nafi bertanggungjawab menembak MH17.
Seluruh operasi Malaysia Airlines di letak dalam status 'red zone'.
Andaian pesawat mungkin di tembak di zon konflik antara Rusia dan Ukaine
Malaysia Airlines sah terima notifikasi ATC Ukraine tentang kehilangan perhubungan pada 1415 GMT
Ukraine membuat andaian MH17 ditembak tetapi bukan dar pihaknya.





Allah Allah Allahuakbar! Yang mampu sebenarnya hanya doa. Jangan kita tolak takdir dengan menyatakan sesuatu yang tidak tidak. Seperti yang ustazah zahir pesan dulu, benda dah berlaku jangan sesekali berkata "kalau" seperti "kalau dia tidak pergi, mesti benda ni tak berlaku" ia seperti kita tolak takdir yang Maha Esa.

Apa pun, terima. Benda dah berlaku. Tapi sukar untuk kita semua, macam zahir sendiri. Malam semalam tak boleh tidur. Ayah can't stop say this "Allahuakbar, allahuakbar, subhanallah, masha Allah ya Allah" hmmm. Saya sendiri tak percaya. Sedang gelak ketawa, mereka di Gaza berperang tanpa berehat dan mereka di MH17? Ya Allah :'( 



Ayuh sahabat, doa untuk Malaysia di jauhkan bala-bala yang akan menimpa seterusnya. Yang sudah berlaku, kita jadikan iktibar. In shaaa Allah ada hikmah disebalik semua ini. Kita yakin. Perlu dan hanya yakin Allah itu Maha Adil. Maha Berkuasa kenapa dan mengapa, jangan ditanya. Serah kepada Nya.


AL-FATIHAH

Wednesday, July 16, 2014

#SAVEGAZA

Assalamualaikum, zahir pernah update pasal Gaza dulu sewaktu kisah mereka juga dijadikan perbualan di laman sosial dan trending di twitter. Ya Allah kenapa penderitaan keatas mereka masih sehingga kini?

So entri zahir kali ni, zahir just nak link to my entri before this. #SAVEGAZA #SAVEGAZA #SAVEGAZA

Emm bantulah saudara maraku disana ya Allah. Emm korang boleh click sini untuk baca #SAVEGAZA


BANTU MEREKA DENGAN BERDOA!
ATAU MENYALURKAN DERMA!

fikirkan mereka dan pertimbangkan kerana mereka saudara-mara kita

Sunday, July 13, 2014

Dah nak outsider?


Start esok dah jadi outsider dari kolej kediaman kolej vokasional slim river. Kenapa? Cerita dia macam ni. At first dulu adalah member zahir ni tak tahan kehidupan asrama but zahir, dalila, atikah even anak manja (manja kaaa?) boleh stay duduk dalam asrama. Gittew punya fight sampai masing-masing bagi semangat antara satu sama lain konon nak memang kukuhkan kami ni boleh survive hidup asrama! Hah hahahaha.

Kami pun lepas dua tiga minggu masuk asrama tu meet up and buat ayat gini "weh aku watlek je, yang dia kelam nak homesick menangis bagai pesal. kita jangan pikiaq benda tu sebab tu la duk pikir nak balik ja" ceh tu diaa nak kata orang kan padahal cover diri dah tak leh go dengan asrama. Apa-apa pun dah habis satu semester and shortsem pun zahir dalam asrama! 

Tetiba nak outsider? Hah sudah.


Ni dia gambar bitch yang zahir dapat kenal waktu dalam asrama. Ceh padahal member dalam laman sosial cuma lebih kenal dalam asrama. Gittew. Dia ni memang mendu, asyik nak buat zahir naik angin ja. Pastu budak-budak blok kami panggil kami kembar kikiki. Yang kanan tu my sista, suka sangatlah berkawan dengan si syafiq member zahir tu. Ni gambar waktu kami ala-ala minah rempitz dengan mat rempitz lepak kat kedai makan *tudiaa puih

Okay cerita nak outsider gini. Pada satu hari tu zahir demam. Entah kenapa tetiba demam, waktu tu second day suaikan diri dalam asrama di bulan puasa. Hah! Dalam hati duk kata tu mungkin demam nak suaikan diri rupanya idakkkk komer!

Esok tu pergi kelas dah sejuk semacam yang budak-budak sekelas pun tak reti nak slowkan kipas dah nampak aku macam nak berselimut je dalam kelas tu. Betapa kejam but fikir memberkan watlek watpeace lagi tu. Hhahahahahaha tapi dah tak larat gila. Al maklumlah puasa, makan idak, minum pun idak. Nak makan ubat tu memang tak la kan. Pastu dah tak larat dengar lecturer duk merepek hanyo kat depan. Habislaa kelas zahir. Pastu zahir tak tahan nak pergi toilet, cakap kat izzat "Izzat kau teman aku pergi toilet, nanti aku balik sensorang pula". Pastu si izzat ni la bestfriend yang footballer gittew tapi baik hatinya, lembut hati dia. Sanggup la teman zahir ke toilet. Pastu habis buang segala benda zahir pun balik dengan dia dengan jalan macam orang mabuk. Yang si izzat ni perasan terus dia tanya "Kau pesal zahir? okay tak ni?"

Punya tak larat nak habaq kat izzat kan duk geleng kepalar je mampu. Hah kau! Pastu zahir pun duk goyang goyang mata dah tak nampak apa... Lalu tumbang di atas tanah. Sedar sedar dah ada dalam surau. Cerita dia aku pitam di atas tanah hahaha.

Zahir pun dengan keadaan yang lemah gemalai ala ibu baru lepas teran anak 10 orang tudiaa. Duk keluar surau sebab dengar suggestion dari MPP kata nak panggil ustaz bawak ceq pergi klinik. Hah pastu tetiba sorang lecturer mai kat surau selaku warden. Gittew!

Dia kata "Demam ka apa ka! Masuk surau! Solat!" Hah kau dik. Memang pinau pinau zahir waktu tu. Masuk la surau ambik wudhuk pe smua then SAF! Waktu rakaat ke 3 kalau zahir tak silap dia mai lagi! Aku tumbang dalam SAF bak hg. Hahahahaha.

Cerita dia aku memang takleh control diri waktu bulan puasa dalam asrama. Actually dari dulu lagi sebab perasan asyik pitam ja before ni. Nak jadikan cerita malam tu balik la my parents ambik and terus ke klinik. Klinik kata tolak pergi hospital. Sampai hospital masuk bahagian unit kecemasan. Tu diaa kata nak masuk air! Aku dah laaa lama dah tak main cucuk cucuk jarum ni. Muka waktu tu, perasaan waktu tu? ALLAH je tahu dik!

Otw nak pergi ke katil nak masuk air tu nak tumbang lagi. Hah nampak betapa kurangnya air dalam badan. Cerita dia memang zahir ni tak minum air pun kat asrama. Boleh kira minum air berapa kali. Hah so memang tak reti jaga diri. Cukup la sampai bulan ni jee duduk asrama. Dah tak tahan. In shaa Allah sementara nak transfer ke kolej lain ni zahir duduk rumah member perempuan zahir dulu, Lyana. Dari Tapah ulang alik ke Slim River pergi kelas hah kau! Pikir la betapa jauhnya.

Start esok tak mai class sebab m/c then selasa dah outsider. Kesimpulannya, lepas ni saya menimba ilmu secara outsider di Kolej Vokasional Lebuh Cator, Ipoh. Ipoh my hometown gittew. In shaa Allah.

Okaylahh pape nanti kita hapdate lagi! Baibai :p

Tuesday, January 7, 2014

Langkah dunia baru. Bismillah

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam happy sentiasa. *gigih

AHAD 5 JANUARI 2014
*Gambar acah pembukaan post*

Hey kengkawan. Amacam? Happy tak masuk tahun baru? Hmm to me la kan, banyak sangat kenangan yang takkan dapat zahir lupakan sepanjang 2013. Nak nangis pun ada. Kalau nak sembang, senarnya berjuang untuk UPSR lain, untuk PMR lain. Dan semestinya untuk yang akan datang, bertambah lain. Yang pasti, saat indah susah dan senang dengan kawan kawan sebelum menjelang trial PMR dan PMR sangat-sangat best. Mencabar. Walaupun result tak mencapai seperti yang dimahukan. Bersyukur semuanya baik-baik sahaja.

Jadi tahun ni, mulalah langkah seterusnya. Form four. Dimana dua tahun sahaja dan tahun depan, SPM. Itu pun kalau ambo stay la. Kalau ambo dok stay and pindoh kv. Takda la spm ni. Emmm, apa-apa pun zahir dah dapat aliran untuk form four dan form five zahir. Aliran yang zahir dapat adalah Sains Akaun (SA) kelas yang ketiga dari 10 kelas kalau tak silap. Subjek baru yang akan dipelajari emmm agak pelik sikit nak nyebutnya. Kimia, fizik, prinsip akaun and addmath -.- lol

Addmath tu yang sangat-sangat menakutkan. Ouh, bila cakap macam ni. Datang la satgi abam hakak lepasan spm komen "Lahai dik, senang je" Coi! Dah malas nak gaduh. Ajet je komer. Hahaha. Ok next, Zahir ingatkan nak minta kelas Teknologi Kejuteraan (TK) kelas number 2. Tapi memandangkan subjek dia macam sama je, baik stay. Lagipun sebenarnya ramai yang nak mohon turun kelas, yang gedik nak naik kelas tu mesti ada makna lain. Nak dengan kawan laaaa, taknak cikgu itu ini ajar laaa, nak kelas cantik laa, nak itu la ini la. Huh

Emm, okay now actually zahir tengah tunggu result dari Kolej Vokasional. Entah dapat ke tak. Katanya result akan keluar paling lewat 13hb. Mungkin 7hb, 10hb atau 13hb. Tapi yang peliknya ada pula Kolej Vokasional yang dah text parents untuk menghadiri temubual. Pelikkk sangat. Buat zahir gabra sikit *macam tak dapat jee

Haish. Takut, pening, serabut semua ada dalam fikiran. Maklumlah start masuk dunia baru ni dah ada pula aliran-alirannya kan. So zahir pun serba tak kena dengan TEMBAKAN pendapat oleh beberapa pihak. Hahahahaha gittew. Ada yang cakap "better stay je zahir" ada yang cakap "addmath tu takyah risau, latihan banyak buat pastu kalau ada duit lebih sikit, tuisyen" ada lagi yang cakap "KV masuk senang sikit, masa singkat.. in shaa Allah keluar dah dapat kerja" then ada lagi yang cakap "KV kalau dapat, ia satu satunya peluang besar. Tapi kalau nak stay, lagi okay sebab aliran pun dah bagus. Laaa dik, nak belajar kat mana-mana pun okay senarnya." siap smiley kucing. Huh, and i was like "EH KEMON! KAU SAJA NAK PENINGKAN AKU KAN?" Hahaha.

Ayah zahir support masuk KV, mumy pula suruh stay. Angah pula senaraikan buruk baik masuk KV and buruk baik stay. Sangat susah untuk membuat kesimpulan. Hari pula makin cepat berlalu. Ya Allah :'(

Makin berat sebenarnya hati nak masuk KV, tambahan pula dah ada cikgu yang sangat sporting ajar math. Even kelas yang zahir dapat tu mendap sebab studentnya agak pendiam and tak ada kawan-kawan nak menggila. Tapi cikgu-cikgunya semua baik-baik belaka. *Permulaan memang semuanya manis-manis kikikiki

And tadi angah siap ceramah dalam bank. Lama gila. Macam-macam yang ditembak masuk dalam kepala zahir. Pastu otak dah macam kena reboot bak kata blackberry. Loading lamaaa sangat. Keluar je tenangkan diri minum redbull. Pastu otak dah macam lembu pula lepas tu. Lagi blur. Balik terus merepek kat twitter itu ini. Hahaha

Okay last laa. Nak jujur, sebenarnya otak ni ditimpa berbagai-bagai benda disebabkan berat hati nak masuk Kolej Vokasional tu. Antaranya member, susah nak hangout, hidup tak bebas bila masuk asrama nanti, tak boleh itu ini, takut kena buli, susah nak share itu ini dengan member nanti, duduk jauh, boleh go ke tidak dan sebagainya. Benda ni okay sebenarnya but bila ada nasihat yang tetiba datang "Eh stay je la" Hah sekali ngap! semua kejadah seperti yang diatas tu datang. Pastu start blur dah macam komputer dicabut plugnya mengejut, bila turn on balik.. sangat lama kan? Hah macam tu la otakku. Hahaa.

Hmm cukupla kot mengadu kat blog ni. Apa-apa pun, mana yang sama nasib macam zahir. Fikir yang terbaik. Sebelum jauh kedepan. Benda nak ambil bukan boleh ditukar sesenang hati. Kalau kau dah sumbat dalam KV, Itu jela aliran yang kau sampai kesudah. Nak pun kena ambil aliran yang seumpama dengannya. Tapi kalau kau stay kat sekolah kau, plus dah dapat aliran yang bagus. Macam Sains ke apa ke, pastu dapat pula SPM meletop. Nak sambung belajar tu sangat mudah. Ini bak kata senior yang dah sambung belajar la. Zahir ni jenis kecoh and kalut. Sikit je gabra mula la nak buat survey sana sini. Siap search guna hashtag kat instagram and twitter lagi. Gigih sangat

APA APA PUN! Start sekolah. Muka akan gelap dan gelap. Banyak berjemur. Jadi say goodbye tu muka zaman cerah, tapi tengkuk gelap. Haziq sampai panggil aku opera cina. Hahahaha. Hasil usaha 2 bulan sampai melambung tinggi cerahnya.

Say goodbye to zahir version mat salleh. My keling skin will come. 

<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>

Ni waktu darjah dua. Ori of me. Sangat comel dan hitam duap! Haha


Esok kalau free nak share pasal kerenah cikgu dulu dan sekarang. Pencetus nak buat post ni angah zahir la. Lepas makan mesti minum tea and ada je yang nak di-sharekan. Kira tazkirah laaa. Hahaha. K Asssalamualaikummmm :)


Hah ni lah angah zahir. Hahahaha.


Okay la korang. Bye :*