Friday, December 6, 2013

new life.

Assalamualaikum. Hey pretty, buat pe? Dah makan?


gamba yang takda kene mengena #kbai

Alhamdulillah terbukak hati nak bukak blog ni. Ikikiki padahal saja nak jatuhkan post kat bawah ni. Malas nak fikir laa kenapa, eceh nampak tak ayat resah gundah dan gulana tu? Okay saja nak merepek. New life, pmr dah habis. Tunggu result keluar, ayooo. Now tiba masanya nak melangkah masuk form 4. Ada aliran aliran pulakk dah, hah so agak tension nak pilih kos yang zahir minat ni actually sebab agak tidak bersesuaian. Mungkin berlaku dekat korang yang bacth 1998 jugak. Kan?

Mohon mrsm dengan sbp jauh sangat, entah dapat ke tak. Lagipun dah tutup lama. Dah exam pun deme untuk kemasukkan so abaikan. Slide to left gittew. Now fokus kv je. Pening juga, banyak pendapat kata kolej vokasional ni tak helok? Eh helok sangat ke awak yang cakap macam tu? Kanz? Jom kita share sikit visi dan misi kolej tersebut ditubuhkan. At least korang boleh tahu, terutama batch 1998 yang sangat sangat masih belum terlambat untuk mohon. Sebab rugi kalau tak mohon, dapat tak dapat, nak tak nak.. tu belakang cerita. Mohon je dulu. Kan?

Jadi visi kolej ini ditubuhkan adalah "Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul" dan misi dia "Memperkasa pendidikan teknikal dan vokasional melalui pelaksanaan program yang berkualiti" Hahh. Curlast tak nok? Kita tak boleh la nak judge kata kv ni untuk budak bawahan. Macam kelakar je bunyi dia. Sedangkan ada kos nak 5A keatas. Bawahan kah? Bagi zahir tak lansung. Tak semua orang minat dalam bidang kemahiran ni. Jadi kalau ada yang minat, just diam kalau kau tak minat. Takyah la cakap "Tak da wawasan dan masa depan kalau kau masuk" Amboii mulut.

Okay, next kita kena faham objektif kolej ni.

Menghasilkan pendidikan teknikal dan vokasional yang berkualiti melalui:     

1. Penyelarasan dasar pengoperasian, pembangunan prasarana fizikal dan penyediaan fasiliti.     
2. Program pengurusan akademik yang terancang dan efektif untuk kemenjadian murid.     
3. Pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran dan hal ehwal muu. rid yang berkesan.     
4. Pembangunan profesionalisme berterusan yang terancang untuk guru dan pegawai.

So, siapa yang pandai tu pergilah mohon mrsm and sbp kan? Tapi yang rasa macam tak boleh nak go plus pula berminat dengan kemahiran. Hah mohon je kolej vokasional ni. Yang dah pandai tu tak payah la kekwat kata budak yang nak mohon tu memang dah gelap masa depan dia. Masa depan ni kita tak boleh nak jangka cerah ke gelap lagi kak yong. Usaha je dulu.

Zahir ada je canang sana sini tanya pasal kolej vokasional, buat muka tak malu sebabnya minat dalam kemahiran tapi ada mulut celobeh duk kata kolej ni untuk budak bawahan. Urgh sabar jela. Baru baru ni zahir ada kenal dengan seorang guru, and beberapa student dari KV Rembau, ERT Setapak, and Shah Alam. Ada je yang niat nak membantu dengan baik. Zahir tanya dari segi apa yang zahir kompiusssss angat pasal kv ni. Hahahaha. Bila dah dengar, Everything ok. Cuma student 1998 yang telah di inject dengan kata kata "kv takda masa depan" tu terus putus asa tu, jangan laa percaya apa orang kata. Diri, hati dan mental kena kental. Jangan ikot cakap member.

Okay bagi yang nak stay kat SMK pula, pun bagus sebenarnya. Bak kata kakak Nada pula, zahir pun ada tanya dia. Dia ni senior sekolah zahir, dia kata biar kita ambik kos yang rendah dekat SMK, tapi takadalah terlampau rendah. Sastera paling bagus. Kalau diri takleh go, kawan pula pandai, kawan masuk kelas sains, kau pula gedik nak masuk sains, alamatnya kau punya result SPM nanti. Hah teruk.

Sebab kak Nada cakap, dari SMK, kita ke U nanti la bermulanya kehidupan yang baru "new life" jadi jangan takut dengan kos apa yang kita ambik dekat SMK, biar la orang kata "Kau kelas sastera je, lain la kami sains" Nasib orang ni kita tak tahu. Biar je. Kan? Allah yang menentukan. . Emm, zahir pun rasa kalau tak dapat KV nak stay je SMK. Ambik sastera tapi pindah sekolah lain ar. Ikikiki. New life katanya!

Okay berbalik kepada kolej vokasional. Siapa yang still keras hati kata kv ni tak helok. Bajet macam kau helokk sangat kan. Hah ni pengenalan dia.

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Teknikal, telah ditubuhkan pada tahun 1964. Peranan utamanya adalah menentukan pelaksanaan dan kemajuan pendidikan teknikal dan vokasional secara berterusan di negara ini. Skop tugas BPTV termasuk memberi khidmat menyelidik, merancang, melaksana, menyelaras, menyelia dan memantau perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional (SMT/V) di seluruh Negara.

Pendidikan teknikal dan vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, BPTV menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa professional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.

Bermula 1 Mac 2008, berlaku satu pengstrukturan menyeluruh di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Jabatan Pendidikan Teknikal ditukar kepada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) dan diketuai oleh seorang Pengarah yang bertanggungjawab kepada Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Sektor Operasi Pendidikan. BPTV terbahagi kepada 4 mengikut fungsi utamanya iaitu:

 i.  Pengoperasian Sekolah (dahulunya BPPTV),
ii.  Pengurusan Akademik (dahulunya BKTV),
iii. Pembangunan PTV (dahulunya BRS), dan
iv. Pembangunan Kejurulatihan PTV (dahulunya BLKS).

Hah. Nak tahu lebih lanjut pasal kolej vokasional ni? Boleh la buat research dekat google. Pape pun, KV ni takda SPM. Tapi jangan risau, dia ada SPMV which is Program Diploma Vokasional Malaysia akan ada subjek BM yg setaraf dgn SPM. So tak perlu risau :)

Bak kata cikgu zahir pula "belajar kat mana pun semua sama je" Yang menentukan sebenarnya kita. Apa apa pun good luck kat batch 1998 yang nak melangkah dunia baru. Kan? Adik UPSR pun yang nak masuk form 1 tu hah fadan muka! Hahaha. Tapi watlek korang dah takda PMR. So kalau ada mohon mana mana, beli buku and baju tu beragak agak okay? Takut nanti membazir sebab nak pindah tu nanti nak beli lagi pe semua.

Jadi pilih langkah yang terbaik untuk diri kita. Nak stay pun okay, nak pindah ambik kemahiran/teknik pun okay. Jangan ikut member je sebenarnya. Kat mana belajar pun okay actually. Usaha tu penting. Cehh ayat aku macam dah habis belajar je. Kikikiki takdalah actually zahir just share apa yang zahir ada untuk kawan kawan yang sama sama nak melangkah dalam era baru. New life kan? Hahh. Tak salah rasanya. In shaa Allah, usaha je weh untuk masa depan kita jugak. Ingat, jangan ikut member! Tanam kat hati awal awal yang kita next year nak belajar baguih baguih. Hahahaha.

New life sebenarnya dah takda dia. So let it go, move on. Hah nampak tak ada kaitan dengan next year? Hahaha kbai.