Pages

Wednesday, November 6, 2013

#Gambar

Last Night.. #Seram

Assalamualaikum, Halluuu!

Sekian lama tak hapdateee! Mak jemah bergetah kembali. Hahaha. Btw goodluck kepada semua calon spm yang baru nak berperang. Kami 98's rehat sebentar. Hahahaha. Okay actually sekarang ni zahir dah tak rajin nak taip macam dulu so zahir terus straight to the point benda yang zahir nak ceritakan.

Semalam sangat-sangat tepat pukul 12.00 pagi dalam skype zahir. Benda ni berlaku. Sebelum tu, zahir nak cerita dari A sampai Z supaya korang faham. Okay. Macam biasa zahir akan 'otp' atau skype dengan si dia ni. Okay zahir namakan dia R je la ek? Hahahaha.

Okay dah dua hari tak webcam, contact pun macam apa je sebab dia busy menari zahir pula sibuk dengan urusan sendiri. Then esok tu kami webcam tapi masing masing macam nak tidur awal. Untuk pengetahuan korang, sekarang R ni ada di hostel. Selalu kami akan 'otp' atau skype sampai lewat malam kalau dia ada kat rumah but sekarang ni dia training untuk pertandingan yang akan datang so terpaksa stay dekat hostel buat sementara waktu. Sebab rumah dengan hostel dia agak jauh.

Okay esoknya lagi, kami pun masing masing macam free. Dia pun tak penat sangat sebab pada hari tu dia takda training. Dibatalkan. So apa lagi kan, memang peluang terbaik nak date dalam skype. Hahahaha. So kitorang pun turn on skype and skype. Macam biasa dia akan bawak diri dia dan phone kat luar bilik hostel dia tu sebab taknak kawan kawan dia ganggu. Before ni ada je dia cakap kat zahir yang tempat hostel dia tu keras tapi zahir macam emmmm emm takda percaya sangat so hahaaha hari tu which is semalam lah yang buatkan zahir betul betul yakin 100% percaya. KENAPA? jeng jeng jeng.....!!!

Okay so kami pun webcam la macam biasa. Then tanya khabar, tanya buat apa, gelak gelak itu ini.. Tetiba hang phone. Selalunya kalau hang like camera zahir dia tak nampak atau zahir tak nampak camera dia, kitorang akan letak balik and call. Sebab kadang-kadang faktor line kan? Sebab line kat hostel dia problem sikit. Tapi takpalah tapi semalam yang peliknya kerap sangat hang. Berapa kali jugaklahh hang. Then okay. Kami pun webcam macam biasa. Pastu tetiba dia kata "kejap" and pandang kat satu tempat. Zahir pun takdalah tangkap apa apa. Ingatkan dia tengah tengok apa je kan? Takdalah fikir bukan bukan and tak terfikir pun nak fikir apa apa.

Then dia pun terus focus kat zahir balik. Sembang punya sembang zahir pun saja kacau dia. "Eh you, tak takut ke duduk luar sensorang?" Then dia gurau manja marah marah dengan jegil mata dia. Zahir pun lagi kuat nak kacau. And seriously pelik sebab zahir perangai semalam sangat 'setan' hahaha sampai nak ganggu dia macam tu. Menyesal kot. Zahir pun ganggu dia lagi. "Hah cer tengok belakang!! He he he he he *suara hantu*" Then dia pun turn kan camera dia kat belakang dia. Then korang nak tahu apa zahir nampak?!!!

Ya Allah weh, serious tak tipu. Macam dalam drama filem hantu selalunya woi!! Baik je dia duduk kat hujung tangga depan hostel R ni. Sekor bongkok. Sekor lagi diri tegak dekat tangga aras satu per dua. Faham tak apa maksud aku? Okay macam ni. Contohnya kalau bagunan tu dua tingkat. Tangga dia mesti ada dua aras kan? Satu naik separuh then naik lagi separuh baru sampai dekat tingkat dua. Tak gitu? Hahso yang berdiri tegak tu elok je diri dekat aras 1 per dua. Ya Allah komerr!

Pastu zahir pun apa lagi! Terus cakap "Dah dahh!!! Letak camera dekat muka you balik!!!" You!!" Tetiba camera macam stop. Which macam hang but still turn camera dekat tangga. Ya Allah. Zahir yang duduk dalam bilik sorang sorang ni dah macam cacing kepanasan. Hati berdebar debar. Menggeletar satu badan then terus je keluar dari bilik. Nasib baik abang acap (kawan abang zahir) ada duduk depan tengah tengok bola and still tak tidur lagi. Zahir terus lari kat kakak zahir gerak dia suruh tidur dengan zahir. And gerak parents zahir bagi tahu apa yang jadi. Serious takut.

Okay, actually zahir nak print screen waktu tu tapi tetiba off. Macam R ni letak. Haishhh. Then yang R ni pun tanya why why why tapi zahir tak balas. Zahir pun cuci muka cepat cepat tempek krim sikit then baring tidur. Baru la zahir cerita dekat dia slow slow and reply. And zahir sampaikan pesan ayah zahir supaya gerak semua kawan kawan dia dalam bilik tu sebab takut benda tu masuk. Fyi la kan, kalau sesuatu terjadi.. Better gerak sesiapa yang tidur sebab benda ni mudah nak masuk dalam tubuh yang lemah. Tambah kanak kanak ke apa ke. Kalau bayi menangis waktu benda mcm ni berlaku, korang cepat cepat la baca surah tertentu.

So zahir pun sampaikan pesan ayah zahir dekat R. Zahir suruh dia gerak kawan kawan dia and baca surah tertentu. Dia pun gerak kawan kawan dia. Kawan kawan dia semua takut. Emm. Kesian dia. Menyesal zahir ganggu malam tu. And kami pun terus chat and dia tanya apa yang zahir nampak. Dia siap suruh lukis lagi. Hahaahaha. Zahir pun lukis la secepatnya sebab dia nak tahu sangat so lukisan nya ada kat atas tu. Post yang terbaru tu..

<>

Hahaahaha memang la buruk tapi itu la lukisannya. Tapi R ni puji lukisan zahir. Hahaha ngekek. Apa apa pun jangan mulut celupar kalau orang yang dah lama kat sesuatu tempat tu cakap tempat tu keras. Okay? And jangan sama sekali buat benda ni jadi lawak jenaka seriously tak kelakar! Then lepas tu zahir pun tidur. But badan still menggeletar. Serious doa doa pe semua tak putus zahir baca sebab takut terjadi apa apa kat diri ni. Kalau korang sekolah ngan zahir korang tahu la zahir ni mcm mana. Hahaha lemah semangat.

Apa apa pun please jaga diri, langkah, mulut di tempat orang. Okay? Assalamualaikum. Goodnight!

p/s : Hati hati, ada yang memerhati anda sekarang. Hahahahahhahah :p