Monday, October 29, 2012

Murid Guru Zaman Hitam Putih

Assalamualaikum.. Saya budak dan seorang pelajar *ehem*

Hye guys, tolong lapkan sikit blog zac ni hahh. Dah berhabuk dah. Haha, Tetiba datang sawan meroyan nak update. Act kebosanan sebenarnya, Tak kesahlah kan. Janji aku update, Kau hado?! *semangat nak jadi blog pilihan* *berangan* Haha.

Ouh ya, Sebenarnya zac nak update raya haji hari tu tapi telajak pulak dah. Tak palahh. Ni nak sembang pasal murid dengan guru. Murid dulu berbeza dengan murid sekarang even aku tak tahu murid dulu macam mana. Haha. Ayah aku cakap lah, Macam tu jugak guru yang dulu dan guru yang sekarang. Sangat berbeza. Bezanya? Dulu hitam putih sekarang warna warni. Eh! Haha. Mepek. Bezanya? Zac ni bukan pandai sangat nak menilai tapi cuba k. Tak salah cuba, Kalau ada salah tu tegur je lah. Kan? Kan?

Kita mula dengan murid dulu, Zac dengar ayah zac cakap je perbezaan ni senonya so murid a.k.a. kanak-kanak riang dulu takda facebook, twitter ni so diorang study memanjang kalau petang baru main bola dan luangkan masa dengan family. Budak sekarang menghadap laptop, tab, phone sepanjang masa. Membuatkan pelajaran jauh terpinggir. Kesian pelajaran tau. Kesian tak? Sila kesian. Then murid-2 dulu sedikit sebanyak dengar nasihat orang, guru, ibubapa tapi murid sekarang ni bila di nasihat *jeling* *tangan di dada mata ke atas* Ahaks. Cool kan? Ok tak cool -.-

Guru pulak dulu kalau salah sikit mula-mula tegur, pastu dah salah banyak baru naik tangan sekarang ni guru tak menyiasat terus tuduh and "hands up" haha. Bezakan? Pastu guru dulu adil, Guru sekarang ni banyak "R" nya. Hahaha. Ok bagi zac, Guru tu pendidik. Kita kena hormat diorang. Buruk mana pun diorang rite? Ni nasihat yang boleh dikatakan kalau kita kurang ajar dengan guru je memang ayat ni akan keluar. Betul kan? Tapi pernah tak fikir kalau guru dah rasuah, melebih dari guru besar.. Sapa tak bengang?

Lagi-lagi anak murid sekarang tanduk version baru so comfirm naik angin punya, Dalam hal ni kena saling faham lah. Zac just nak share kejadian dekat sekolah zac, Ada sorang cikgu ni always nak menangkan anak dia, Pastu nak menangkan orang bawah dia even salah orang bawah dia tu besar gila! Dan cikgu yang zac maksudkan ni suka berdendam, Hide kesalahan orang lain and seriously TAK ADIL. Bukan anak murid je cakap malah guru-guru. So tak eloklah kan? Dan jangan salah kalau murid era warna warni naik tangan.

Ok next story ada sorang cikgu ni pulak, Dia nak tanya budak tu salah apa but tarik-2 tali leher budak tu. Dah lah cikgunya perempuan, tunjuk gengster lak. Pastu budak tu dah mengaku kesalahan dia still nak meroyan and maki-2 tak tentu pasal bila cikgu tu nak tampar muka dia, dia tepis and cakap "Cikgu jumpa saya kat luar nanti" . Perbezaan yang saya nak kata kat sini cuba tengok guru dan murid tadi. "MAKI *guru* and BAGI STATEMENT macam tu *murid*" Automatic budak tadi salah dia nampak besar gajah. Kesian budak tu dan salah orang atas tak siasat kejadian. Ending budak tu kena buang sekolah. Agak lah kan kalau kot yee pun guru nak maki maki. Mencarut. Then zac ada dengar cerita kenapa budak tu bengang sebab cikgu tu suka ketuk kepala budak sampai pening and sakit gila-2 kalau tak siap keja sekolah. Well badan cikgu tu berisi -.- Patutlah kan.

Ok abaikan story mory tu now kita dah dapat tengok, Dapat ke Malaysia terus maju di masa hadapan kalau anak murid yang kita tengok sekarang.. MashaAllah. Termasuk zac sendiri zac mengaku makin down. Sebab apa? Ok Guru memainkan peranan utama dalam hal sekolah. Dia lah penarik minat anak murid untuk datang ke sekolah, untuk belajar, untuk suka akan pelajaran tu, untuk berjaya tapi kalau dah murid tak suka kat guru macam jadinya yang zac story tadi tu, Jadilah ponteng, malas belajar.. dan sebagainya dan ia tak bergantung dekat guru je malah kat murid, Murid pun kena ketepikan hal yang macam tadi tu. Jangan ambil pot sangat kan? Kita kena belajar sungguh-sungguh senonya untuk diri kita jugak di masa hadapan. Cewahhh zac dah ceramah dah ni. So perbezaan kat sini guru dan murid sekarang kurang nilai "Memahami antara satu sama lain" . Act bukan zac yang cakap tau hal ni. But my lovely teacher. Bukan cikgu biasa tapi ada pangkat. Taknak mention pape so renung-renungkan lahh.


BEZA MURID DULU 
Baik jee ^_^

Credit : Saya Comel


BEZA MURID SEKARANG


Comell sangat -.-

Credit : Edisi Sentap

For rakan seperjuangan, Pesan zac.. Buruk mana pun cikgu jangan kita lawan, Buruk padahnya. Ilmu tak berkat. Tapi kalau dah melebih apa lagi. WWE. Haha. Joke. Sebab guru sebenarnya dia nak kita baik, Takda guru yang nakkan kita jahat. Kita sebagai anak murid just follow diorang je sebab diorang makan garam dulu dari kita. So kita kena paksa diri kita untuk belajar sebab apa?

HAK BELAJAR HAK KITA! HAK MENGAJAR HOK DIO! 


Sayangi Guru Anda. *cewahh* Awww aww!

Credit : SMKTTDI Website

Kewajiban menuntut ilmu ini ditegaskan dalam hadits nabi, yaitu :

 رواه إبن عبد البر)) طَلَبُ اْلعِلْمَ فَرِيْضِةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ وَ مُسْلِمَةٍ 
Artinya : Mencari ilmu itu hukumnya wajib bagi muslimin dan muslimat”(HR. Ibnu Abdil Bari)

Haha. Ok lah nanti kalau zac rajin kita update lagi. Byebye!! :) *sorry kalau ada salah silap*
#Jom layan lagu Zivilia ni hah. Best :) http://www.youtube.com/watch?v=tgfOcIAvdqg Byeee!!


3 comments:

Aperture Kinetics said...

gambar itu... damn...

zul said...

zaman berubah, teknolgi berubah, manusia juga berubah...

yang penting hati...

kurang faham "guru sekarang ni banyak "R" nya"...

tulisan yg betul2 membantu saya sbgai pendidik dlm mengenali fenomena pelajar masa kini...

nway, salam kenal...

Edy Fee said...

cabaran tuk aku si bakal guru nanti.huhuhu
hurmm but siyesly gambar yg budak2 hitam putih tu sangat cun n style...!
editing gempak!