Pages

Sunday, January 28, 2018

Back to December

Hi,

Before baca entry kali ni, apa kata play lagu bawah ni dulu?



Entry kali ni, aku khaskan untuk luah perasaan je. Aku tak tahu kenapa aku rasa bersalah sangat-sangat. So based on lagu, aku mulakan dari mula kisah. Mula pada 30 December 2016. Waktu tu aku ada satu apps ni, quite like Tinder apps. So aku nampak gambar dia, dia letak dekat dp apps tu. Which is aku kenal dia. Dia famous dari aku zaman facebook lagi. Tapi tak pernah pun chat dengan dia. Aku segan nak tegur even aku dah berkali kali hantar Hi, tapi dia tak reply. Sedih hmm. So aku diam, actually dia asal dari Kuala Lumpur. So bila look around dia ada kat Ipoh i was like "Eh dia kerja ke kat sini?". Rancangan dunia ni bagus, satu malam tu aku pergi la Gerbang Malam, Ipoh dengan family. Jalan-jalan la macam biasa tengok barang yang aku pun dah makin muak tengok, benda yang sama. Datang pun sebab ayah aku nak urut je kat situ.

Then dalam melangkah tengok barang tu, aku terserempak dengan dia. Gelabah tahi menyorok belakang mak aku. Jenis aku memang dia sekarang pun tahu, menyorok bila terserempak dengan orang yang aku kenal. Padahal orang tu tak kenal pun aku. Sedih! So, aku pun jalan lagi bila dia dah chaw. Tetiba terjumpa lagi dengan dia, kali ni memang kaw kaw depan mata. Memang tak boleh nak buat apa, just acah-acah tengok barang je. Tapi mata dia tenung aku lama gila, so aku punya otak ni fikir dia memang kenal aku which is geng geng fb gambar scroll scroll kat timeline la kot waktu tu kan? Rupanya tidak aku salah. Memang dia tak kenal aku.

Nak jadikan kisah, kisah tu sampai situ je. Berhari la beberapa episod selepas tu tanpa ada apa apa rasa. Hmmm, sebab tak kenal sangat pun dia. Unless dia tegur aku waktu tu jugak memang balik pikir jela dia. Ni terjumpa gitu-gitu je. Okay, pastu nak cerita next bab pulak which is bab ni aku mulakan dengan satu lagi laman sosial yakni Twitter. Aku ada satu twitter business, twitter business ni aku tak letak gambar. Memang bab meniaga based in Perak. Jadi tiba-tiba satu harini aku terima satu direct message yang aku tak tahu dari sapa sebab kind of fake account. So aku pun melayan la. Dia mulakan random topic and intro intro. Aku pun minta la gambar waktu tu sebab curious gila kot. Tup tup dia bagi..... and gambar tu gambar dia. Aku just reply LOL je. Hahahaha pastu dia pun pelik and aku pun cakap la aku kenal dia and banyak kali dah aku tegur dia kat apps tu. Tapi dia kata dia tak sedar and jarang bukak apps tu.

Jadi tak mengapalah. So mula lah dari situ aku chat dengan dia. Then tukar-tukar nombor untuk whatsapp and ajak jumpa. Satu hari ni dia contact aku, and ajak nak jumpa. Waktu tu dia ada kereta lagi, sebab kereta tu kereta akak dia, Saga Hitam. Sebab kakak dia pergi Umrah so tinggalkan kereta dekat dia. Aku pun on. Dia kata nak jumpa dekat McDonald Meru sebab dekat dengan rumah dia. So aku pun okay lah, drive la kancil aku ke Meru. Then aku dah sampai, aku nampak dia dalam kereta sebab tinted kereta akak dia tu tak gelap sangat. Then ada taxi sebelah kereta dia, aku pun park between taxi tu. Sebab segan punya pasal, level malu aku nak jumpa dia ni takleh nak explain. Pastu aku chat kata dah sampai and dia suruh masuk kereta dia. Aku pun pergi and masuk. Segan takyah nak kira, salam and dia pun gerak kereta. Aku segan silu tak tentu arah. 

Dia bawak aku ke Car Wash Jalan Kuala Kangsar, Ipoh sebab nak cuci kereta akak dia tu. Aku pun okay, dah keluar dari Auto Wash tu dia park kereta dia untuk bersihkan bahagian dalam pulak. So kitorang duduk kat satu kerusi panjang. Dari situ la bersembang and tahu kereta tu, kereta akak dia. Then dia kerja apa, duduk kat mana, and semua. *Pssttt waktu tu dia chubby. Dari situ, kitorang pergi lepak kat Old Town White Coffee Jalan Kuala Kangsar jugak. So waktu tu dia takde cash, dia minta aku bayarkan dulu. Dari sembang tu dah macam suka. Dari situ la baru ada rasa. Tapi chill je diam tak cakap apa pun.

Okay itu la cara aku kenal dia, nak cerita sampai hari ni. Tak tercerita banyak mana yang aku dah lalui dengan dia. So lets jump to the next song.....


So the next day is New Year. So aku celebrate dengan dia sama sama. Kitorang jumpa dekat Dataran, Ipoh. Tengok bunga api dalam kereta sebab waktu tu fucking jammed. But yaaa, its nice because everything fresh. Aku sayang dia. Balik dari tengok bunga api, aku gi McDonald. Dia order McCafe untuk aku dengan dia. Gelabah burit waktu tu sebab wallet aku kononnya hilang padahal jatuh bawah kerusi. Hmmm.... Tak tahu laaa dua hari pun dah banyak kenangan. Acane?

Tahun ni 30/12/2018 genap kitorang setahun. Dan sepanjang setahun la macam-macam terjadi. Banyaknya salah aku yang tak menghargai. Jenis typical aku yang taknak menghargai orang. Jenis aku yang tak reti nak pandang kebaikkan. Waktu sepanjang tahun ni jugaklah aku tahu yang dia buat fake acc semata mata nak tegur aku kat twitter business aku tu. Dia banyak bagi aku pengalaman, pengajaran, material dan macam macam lagi yang menjadi kenangan. Dia lah yang bangga sangat walau simple benda je aku buat. Dia support aku. Dia banyak tegur salah silap buruk aku. Dia banyak tunjukkan cara hidup yang sebenar untuk aku. Waktu aku intern 27 November 2017 haritu, dia belikan aku macam-macam persiapan. Dia belikan paper bag yang ada tulis "goodluck". Dalam tu penuh dengan barang, even stokin, plug, sikat semua ada. Sebab aku pindah rumah baru kan?

Bila aku merajuk, dia delivery handbouquet dengan cake kegemaran aku, Indulgence Secret Recipe. Setiap minggu dia jenguk aku kat Slim River bila mana aku study dulu. Dia naik bas. Dia lah paling takut bila aku tak ada duit nak makan. Dia lah yang paling boleh manjakan aku. Dia lah yang selalu ada bila aku susah. Sama-sama mandi sungai, sama sama kena jangkit kuman air mana tah sampai luka penuh satu badan macam kena ulat bulu. Sama-sama delivery handbouquet which is business yang kami jalankan sekarang. Macam-macam yang aku tak tahu nak tulis kat sini, tak tahu full page or berlapis lapis yang aku kena ceritakan. 

Its hard to explain.

Aku tak tahu. Sekarang ni semua dah berubah. Walau setahun perjalanan, tapi seribu satu kenangan. Aku cuba janji yang terakhir untuk jadi yang terbaik. Aku tahu dia terkesan bila rasa diri dia diperbodohkan. Aku tipu dia and kawan-kawan support aku bila dia soal tanya. Aku tahu tahu weh besar mana salah aku dan macam mana nak betulkan keadaan ni balik. Aku taknak dia pergi dari aku. Dan takkan buat apa lagi yang dia rasa sakit. Aku rindu dia. Dah nak dekat sebulan tak jumpa. Awak, i'm sorry.

Semua salah aku.

Salah aku yang tak boleh dimaafkan. 

Awak, please don't leave me. Kita mula dari awal, saya cuba yang terbaik.

Hmmm :'(

Friday, January 26, 2018

New life as intern in Kuala Lumpur

Hi!

Baru nak update konon baru masuk intern padahal dah nak masuk 2 bulan. Anyway yaaaa, aku dah masuk intern weh. So mulalah lagi satu chapter hidup baru di Kuala Lumpur. Tapi stay di Sunway, Petaling Jaya sajooo. As I'm a kampong-kampong people bila masuk bandar ni gelabah ayam la sikit. Yelah aku dari Ipoh kot. Beza sangat nak dibandingkan dengan bandor cenggini. Building tinggi tinggi cakar langit gitu.

Gambar sumber abam Google : Menara LGB Lobby

Okay nak introduce sikit la. Aku intern dekat Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Just near Bandar Utama and Damansara area. Aku intern kat Menara LGB, TTDI. So aku start intern 27 November 2017 tahun lepas sampai 27 April 2018 tahun ni. Selamat Tahun Baru btw! Hahahaha. So bila masuk intern biasa lah bengap-bengap sikit. Okay basically company aku ni dia buat remittance which is yang hantar duit ke luar negara tu. And the best rate in town. Sebab apa? Sebab nokkk! Harga rate dia melampau nok. Kalah bank, kalah western union semua kalah. Kami winner kot! TERMURAH Hahahaha. Dia punya transaction ke luar Negara just rm8 per transaction. Punya murah takde hidden fees pulak tu. Kalau Bank? RM150 weh. Pastu ada hidden fees lagi.

Okay dipendekkan cerita, Aku intern kat sini memang best. Tak tahu lah kenapa and maybe sebab diorang bukak peluang kat kau untuk ceburi bidang yang kau tak pernah ceburi dan bagi aku, mungkin sebab company yang aku intern ni dia tak layan kau macam budak intern. Bukan kemas-kemas office, bukan susun makanan atas table, bukan runner and cuci toilet semua tapi dia bagi kau rasa betul betul kerja! Tapi bukanlah gasak kau sampai mati. Hahaha dia bagi chance la maksud aku. Gasak sampai mati tu sapa je suka? Company aku ni chill. Dia bagi kau kerja, yang boleh dikatakan bukan cliché punya intern kena buat lah. Hah!

Aku pernah lah pergi satu exhibition ni, Global Entrepreneurship Community Summit 2017 bertempat di KLCC waktu tu. Mula masuk kot, waktu tu tak sampai sebulan lagi intern. Tapi aku tahu la basic tentang company sebab duk jenguk FAQ kat website company aku ni. Aku dicampakkan ke situ dan aku sangat la suka! Thanks to my company cause bagi kepercayaan aku yang bengap English ni kesitu. For you gais punya information i'm the only one pegang title "college student" yang lain semua university. Dah la university, power-power pulak tu. Ada yang dari Monash University Australia, Monash University Malaysia, Sunway University, Taylor University, dan banyak lagi lah! Before this ada yang dari University Malaya, University of Ohio USA, London Business School UK, Georgia Tech USA dan banyak lah lagi yang nak dibezakan dengan kolej aku tu. Downgrade? Memang sentiasa feelin gitu! So nak jadikan cerita, yaaa aku pun join la exhibition tu as exhibitor. Perhh jumpa orang bukan cikai cikai weh. Semua power power. Aku pun bentang la and attract orang mana yang macam berminat untuk tambah minat dengan company aku. So rata-rata semua amazed dengan service yang company aku jalankan. Sangat murah dan bagus untuk individual mahupun yang menjalankan business.

Lets say if you gais menjalankan travel agency dan menggunakan Bank TT untuk transfer duit. Atau tak kesah la mana-mana company remmitance yang kau tahu lagi tapi harga macam tak jauh beza dari bank. Esp bank tempatan kita? Ups

So ni aku tayang sikit kesedaran minda. Well aku bukan budak account tapi cuba la fikir sejenak. Hahahahahahaa!

Business
Harga Ticket Customer 1 Orang = RM150
Customer Join = 15 orang
Pakej = RM200 satu kepala
Modal seorang = RM180
Untung = RM300

Bank TT
Transfer = RM2,700
Fee Bank = RM150 + RM10 (hidden)
Spend = RM2860

Untung Bersih
Untung = RM300
Fee = RM160
Total Untung Bersih = RM140

See? Elok untung kau dah RM300 tapi kau dapat ciput je RM140. Yaa aku tahu orang pandai akan tolak kos fee ni dalam modal. But this one is roughly view for you gais untuk fikir la. You boleh save more money and buat pakej murah kat customer. Tak ke kau akan dapat pakej yang lagi WIN! dari agency yang lain?

That's it!

Lepas ni kau boleh buat post kat facebook group ko "PAKEJ TARVEL TERMURAH!" atau "BARANG PERKAHWINAN TERMURAH IMPORT DARI LUAR NEGARA". Tak gitu?

So bila kau gunakan company aku ni, just RM8 sahaja! Takde caj-caj yang main nyorok-nyorok eh! Hahhh kau kiralah untung kau. Sampaikan ada company travel agency yang join which is antara yang bosar-bosar gak travel agency di Malaysia ni dan dapat jimatkan RM2K SEBULAN!!!!!! Wehhhh ternyata la kan sapa-sapa yang ada menjalankan business menggunakan pemindahan wang ke luar Negara dapat tingkatkan keuntungan dengan menggunakan perkhidmatan syarikat yang aku intern ni. Cehhh mesti nak tahu syarikat apa kan? Syarikat ni serious best. Intern tak pernah la lagi budak-budak intern yang join rasa sendu. Dari boss bosar sampai ke staffnya semua chill je. No stress-stress dohh keje sini. And banyak aku learn benda baru. Bergaul dengan orang-orang hebat dalam ni.

Gambar sumber dari MoneyMatch : Logo MoneyMatch

Saja je aku bagi korang tertanya-tanya. So let me introduce my company. Nama company aku ialah MoneyMatch. Basically kitorang buat remittance. Transfer duit ke luar Negara. Dia ada for individual and for business. So boleh la daftar dan lompat ke website ni ----> MONEYMATCH Syarikat ni dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). So jangan risau! Semua selamat. Dan ni syarikat local babe! Support local la sikit en? #supportlokal Syarikat ini diasaskan oleh pengasas-pengasas hebat iaitu Adrian Yap, Naysan Munusamy and Ahmad Fazil Ahmad Fuad (gambar dibawah)

 Gambar Sumber dari Utusan Borneo Online : Pengasas-pengasas MoneyMatch

Oh ya! Harini jugak la syarikat MoneyMatch masuk Utusan Borneo. Hah boleh la baca sikit kisah mereka yang makin melangkah menuju kehadapan untuk membantu rakyat Malaysia terutamanya dalam menjalankan perniagaan dan kehidupan dengan lebih bijak. Dapat meningkatkan keuntungan dan menjimatkan kewangan seharian! Gittew. So meh baca. UTUSAN BORNEO MONEYMATCH Dalam utusan ni ada nyatakan yang MoneyMatch bakal melancarkan satu lagi produk baru iaitu Exchange!

Pssttt wehhhhh Yuna pun guna MoneyMatch wehh. Kemon! Buka minda. Hahahaa

Jadi korang boleh baca lebih lanjut di website yang aku dah link kan kat atas. Sumpah aku tak tipu, MoneyMatch is the best way to send your money ke luar Negara. Tambah ayah mak ko duk sibuk hantar duit kat kakak adik abang ko study kat luar Negara en? Why not dohhh kau guna MoneyMatch instead dari Bank TT yang kenakan kau charge melambung tinggi and mana-mana yang lebih tinggi dari service kami. Cubalah check rate kami diwebsite! Don't worry. Take your time to read all okay? Baca betul betul dan bandingkan! Meow!!

So itu sahajalah kot. Sebarang pertanyaan kalau segan silu boleh hubungi aku di 01124075253 atau directly sajolah di MoneyMatch. Nombor kat website ada. Hah sekarang mudah dahhh nak kirim duit kat kawan kot kot teringin bag Gucci ke, kain sutera Thailand ke, baju batik Indonesia ke, barang permainan kat China ke, Frozen food kat Korea ke, Cawan or pinggan dari India ke? #eh or kemana-mana sahajalah Negara yang kawan ko pergi ko tergedik gedik teringin nak barang kat sana! Takyah nak kirim barang je!! Kirim duit. Takde alasan eh nak beratur panjang kat Bank! MoneyMatch kan ada? Baring baring pun boleh transfer gitu!!! Sebab apa? Kita available kat PLAYSTORE & IOS! Boleh install apps kita cecepat! Lompat sini --> MONEYMATCH PLAYSTORE & MONEYMATCH IOS

Okay lah gais! Nanti aku update pasal rumah sewa pulak. Kbai!

- Hantar duit ke luar Negara dengan murah
- Best way send money abroad
- Send money cheaper than the bank
- Best remittance company in Malaysia
- Best rate in town

Saturday, October 14, 2017

Bisikan hati Si Tanggang

Amaran : Nukilan ini tiada kaitan dengan si hidup atau si mati. Nukilan ini hanya buatan dan tulisan kosong sahaja hasil dari idea yang seimbas lalu. Mengisahkan seorang anak yang selalu dipandang serong oleh keluarga, namun mempunyai daya usaha yang sangat tinggi. Seringkali kita dengari perkara ini berlaku di merata pelajar institusi di negara. Disini saya bawakan nukilan khas umpama bisikan hati untuk anda terus cekal dan sabar......Maaf saya bukan penulis.


Sejak dua menjak ni, banyak masalah dalam fikiran yang datang dari hal pembelajaran dan kehidupan. Normal la kan? Tapi beza dari diri aku. Memandangkan kolej yang aku study ni kerajaan, jadi pembiayaan yang lain ditanggung penuh oleh keluarga. Tambahan aku perantau, walau bukan di negeri orang. Tapi masih tempat yang berlainan dan berjauhan dengan keluarga. Niat mula aku hanya nak jadi beza dari adik beradik yang lain yang sampai harini bersama keluarga. Teringin nak jadi pencetus kejayaan dan penebus kesusahan. Tapi lain persepsi yang datang dari sebahagian pihak.

Harini aku sedar, malah dari dulu lagi aku dah sedar. Proses pembelajaran aku menelan ribuan ringgit. Tambahan keluarga aku bukan dari keluarga yang senang. Niat aku selalu tersemat di hati, setiap semester nak dekan, higher pointer dan mendapat anugerah-anugerah tambahan yang lain. Ini kerana nak merasakan ayah dan ibu berbaloi dek pengeluaran wang yang terlalu banyak setiap minggu dan bulan.

Aku salahkan diri aku. Dulu nak berjauhan, sehingga tak pandai berdikari di asrama. Disebabkan pelbagai masalah muncul dari situ, ayah memberiku peluang duduk di luar. Kos sara hidup makin naik. Aku hanya satu semester di asrama. Hidup di sana banyak yang berbeza dari sekolah harian ku. Antaranya hidup makan di dewan makan, konsep kelas yang pagi ke petang, tidur di dorm beramai-ramai, suasana bising dan sebagainya. Ada yang aku suka, ada yang aku tak suka. Tapi tu dulu, cukup derita dan manis aku agihkan bersama kawan kawan. Setelah berlalunya satu semester, aku duduk bersama seorang sahabatku di bilik sewa.

Bahagia kami tak terkata, bebas dari arahan dan peraturan. Tapi penderitaan di asrama tak terhenti di situ. Aku masih merasakan perit "manis gula, masam asam jawa" Bermula hari itu, aku perlu bangun awal seawal subuh dan siap mandi untuk ke kelas. Sedangkan kelas bermula jam 8pagi. Berbeza dengan asrama yang setelah subuh, kami mempunyai peluang untuk kembali tidur sementara tunggu waktu untuk mandi. Hal ini kerana, aku perlu mengejar waktu bas yang bergerak awal ke tempat kolej ku. Aku berjalan kaki kira-kira 1km dari bilik sewa untuk ke stesen bas. Lalu setelah sampai di tempat kolej, aku perlu berjalan 2km dari bus stop ke pagar kolej. Begitulah harian kelas ku setelah dari itu. Aku nekad, tanam rasa kelonggaran peraturan sebagai pelapis rasa derita dalam diri. "Lansung tak menyesal, best apa duduk luar!". Ungkapan yang selalu bermonolog dari mulut dan berdialog bersama kawan-kawan. Senyum sentiasa sewaktu masuk dan keluar dari pagar kolej.

Jika dulu di asrama, tepat 12.30 tengah hari kami boleh makan, berkejar berebut kelaparan di dewan makan asrama, sewaktu itu berbeza. Aku dan kawan aku ikat perut duduk diruangan kelas hingga jam 2 petang atau 3 petang untuk kelas petang seterusnya. Mungkin beralaskan roti. Cakap pasal roti, terimbas kenangan manis. Manis bagi aku. Ketika aku ingin beli roti, cukup sahaja duit yang ada di tangan. Kerana waktu itu sudah hampir hujung minggu, jadi duit belanja sudah hampir habis. Ketika sudah membeli roti dan ingin ke kelas, aku ditolak salah seorang yang tidak aku kenali. Aku terjatuh tersungkur dengan roti roti itu, lalu mereka pijak makanan ku. Aku tersenyum dan bangun. Niat hati mereka pastinya ada dendam tapi kenangan ini aku ingat sehingga harini. Perjalanan hidup yang disangkakan keluarga aku bersenang di kolej, hanyalah semata-mata anggapan palsu.

Aku yakin. Allah beri ujian yang kuat ini untuk aku rangkul kejayaan suatu hari nanti. Kadang-kadang duit di poket tidak cukup, tapi aku bohong apabila ibu ayah menanyakannya. Niat yang satu, tak mahu susahkan ibu ayah. Sebak di hati, mengalir air mata di pipi. Saja nak merasakan kepayahan, sebab susahnya ayah ibu dulu pun jauh lagi susah dari yang aku rasakan. Aku bukanlah anak yang selesa duduk senang. Tapi pandangan pada ku sering kali serong dan ambil senang sehingga aku tiada ruang untuk bercerita dan mereka yang menuduh menang.

Ayah bukan seorang yang kejam, malah lembut hatinya. Cuma terkadang dia mudah mentafsirkan pandangan yang serong ke atas diriku. Tapi aku tak salahkannya, biarlah pandangan itu berlalu sehingga aku memberi kejayaan padanya suatu hari nanti. Hal ini aku katakan kerana ayah tak senang melihatku berjalan kaki ke tempat kolej, di membelikan aku scooter kick. Hasil dari idea yang ku lihat di youtube. Agak kelakar bila dikenangkan. Tapi aku memakai scooter kick ini untuk memadam kepenatan diri dan menyelitkan elemen bahagia di dalam minda. Hahaha kelakar. Cukup kelakar bila diingatkan. Tapi biasalah, bila bahagia datang. Mesti ada yang pahit tiba. Ketika aku membawa scooter kick tersebut ke kolej, ada saja senior yang ingin melanggarku dengan menaiki motor. Bukan silap atau salah tapi sengaja di takutkan. Biarlah, mereka di dunia ini memang lelah melihat kebahagiaan aku. Yang aku hanya kongsikan bersama diri, walau sedikit mereka tetap merasa dengki. Manusia.

Hari demi hari, ayah masih belum senang melihatku begitu. Selain dari kerisauan untuk makan dan minum di luar. Ayah menyuruhku untuk mengambil lesen motor. Kerana dia ingin memberi motor kepadaku untuk dibawa ke kolej. Memandangkan sahabat aku waktu itu tak dapat menawarkan apa apa kenderaan, kerana dia juga berasal dari keluarga yang susah. Tambahan waktu itu arwah ibunya nazak sakit dibuat orang. Manusia ini memang penuh dengan hasad dengki. Semoga ibu sahabatku ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin, Al-fatihah.

Alhamdulillah, setelah sebulan mengambil lesen motor. Ayah memberikan aku sebuah motor untuk dibawa berulang alik ke kelas. Hidupku sewaktu itu semakin senang. Selepas itu, ayah memberikan aku kereta setelah aku lulus lesen kereta. Perjalanan hidup aku tak semakin senang dan berada di sudut selesa. Aku cuba untuk menampung kos hidup yang kian meningkat. Aku bercadang untuk membuat perniagaan kecil-kecilan dengan menjadi seorang surprise planner. Alhamdulillah dengan barang-barang yang ada, aku dapat membuat decoration atas permintaan pelanggan. Setelah itu aku menjual brownies cake ke seluruh negeri. Dari selatan negeri hingga ke utara negeri pada setiap minggu. Namun, ayah masih memandang serong terhadapku. Dia ingin melihat keuntungan hasil dari jualan, tapi tak dapat ku berikan atas kegunaan perbelanjaan. Lalu ayah menuduh aku berfoya-foya sahaja dengan perniagaan yang tidak seberapa.

Tidak kurang dari itu, saudara mara pula menuduh aku mendapat duit tambahan dari menjual diri. Dan duit dari sumber yang haram. Setiap manis yang kurasa tak pernah terlepas di sulam dengan kepahitan. Sabar sentiasa dalam diri. Sabar sabar sabar, itu lah zikir yang seringkali disebut di mulut dan di dalam hati. Usahalah bagaimana, tunjuk la kejayaan setinggi apa pun, tanggapan murah dan hina masih melekat di dahi.

Jadi konklusi diri, walaupun pointer setiap semester tak menghampakan, walaupun anugerah peringkat dunia dan kebangsaan dapat dirangkul, walaupun nama dijulang baik, walaupun pelajaran tidak menurun, pandangan serong masih ada. Aku hanyalah insan yang tidak perlukan pujiaan dan penghargaan dari kalian. Aku hanya perlukan kepercayaan dan sedikit ruang untuk mencari kebahagiaan kelak. Usah bimbang dan usah melulu dalam menanti kejayaan anakmu ini. Ada rezeki, In shaa Allah tak pernah aku lupakan kepayahan dan keperitan kalian dalam memberi. Aku sedih dengan perkataan yang sering kali keluar tanpa rasa bimbang dari mulutmu. Aku anak yang teruk, derhaka, tanggang, bersikap buruk, penipu dan sebagainya. Bukankah kamu bimbang akan perkataan yang dilontarkan itu menjadi satu doa? Tapi begitu berani kamu melontarkan perkataan begitu ke atas diriku. Bukan sahaja melontar, malah menandakan aku anak tanggang pada suatu hari nanti.

Tak mengapalah. Aku terima semua.
Asal aku tahu kedudukan diri ini.
Siapa yang ku sayangi dan hargai.
Aku sayang kalian.
Cuma perlu waktu dan ruang.
Ingat hal ini dan jangan dibuang.
Aku hanyalah manusia.
Bukan pemberi kejayaan yang Maha Berkuasa.

Sekian.

Nota kaki : Dalam belajar, jauhkan diri untuk menerima ganjaran dari keluarga. Pertama sekali, bersungguh dalam menimba ilmu. Kedua bergaul dengan kawan-kawan yang membawa kejayaan dan tidak senang dalam zon selesa. Ketiga, jangan harapkan ganjaran dari mana-mana pihak. Keempat sentiasa anugerahkan diri sendiri walaupun sedikit. Kelima, redha dengan perkataan dan cacian serta cabaran pahit yang dihadapi. Allah beri ujian (kepayahan) sebab nak bagi kita kesenangan (kejayaan). Ingat! Biar orang caci kita dan tuduh serta mentafsirkan yang tidak-tidak ke atas diri kita. Asal kita tahu siapa kita, bagaimana cara kita hidup, dan apa yang ada dalam diri kita serta matlamat kita. 

Maaf kerana hasil karya saya 100% lari dari kisah Si Tanggang. Berikut merupakan Sinopsis kisah Si Tanggang. 

Byebye! Assalamualaikum. Doakan saya tamat final dengan baik dan dapat menjalankan intern dengan sempurna bermula 27 November 2017 ini. Amin!